Kalau tak ada idea nak memasak, cubalah resipi butter chicken ini. Dikongsikan oleh Maisarah Humaira’ di laman facebook group RASA Share Resepi. Memang nampak sangat menyelerakan.
Bab memasak ni, yang paling utama adalah senang nak disediakan dan hidangan tu boleh buka selera. Butter chicken ni memang sedap dan senang. Ada rasa lemak, pedas dan masin yang jadi pelengkap pada setiap cita rasa.
BUTTER CHICKEN SIMPLE
Ads
BAHAN SALUT AYAM GORENG
Tepung Bestari pedas secukupnya
Sedikit tepung beras
Air secukupnya
Ayam secukupnya
CARA MEMBUAT AYAM GORENG
1. Masukkan Tepung Bestari dan tepung beras dalam bekas. Tuangkan air. Kacau sebati.
2. Masukkan ayam. Gaul sebati dengan tepung. Perap sejam.
3. Panaskan minyak masak. Gaul ayam dengan tepung, kemudian goreng ayam sampai masak.
BAHAN LAIN
4 sudu besar mentega
1/2 biji bawang besar (dipotong dadu)
3 ulas bawang putih (dicencang)
4 biji cili padi (potong bulat)
2 tangkai daun kari
1/2 tin susu cair
1 keping keju cheddar
Garam secukup rasa
Ayam yang sudah digoreng
CARA MEMBUAT
1. Panaskan mentega. Masukkan bawang besar dan bawang putih. Tumis sehingga naik bau.
2. Masukkan cili padi. Tumis lagi.
3. Masukkan daun kari.
4. Masukkan susu cair. Kacau rata.
5. Masukkan keju. Kacau lagi sampai keju cair. Biarkan mendidih. Masukkan garam.
6. Masukkan ayam yang sudah digoreng tadi. Kacau lagi sampai kuah menjadi agak pekat.
7. Sedia dihidang.
Nak dapatkan peralatan memasak yang baru? Semuanya menarik, jom klik link ni untuk cuci mata. Mana tahu ada yang berkenan kan? Klik sini (saya nak beli periuk baru la)
Hujung minggu dah tiba! Pasti anda tercari-cari emnu best untuk disajikan buat anak-anak dan suami kan? Bagi yang inginkan kelainan, cubalah menu Beef Wellington dan Ayam Lemon ni. Sedap!
1. BEEF WELLINGTON
BAHAN-BAHAN:
500gm daging |bahagian tulang belakang
2-3 helai daun kubis Cina |distim
2 ½ keping roti canai segera
300gm cendawan Portobello |kisar kering
1 biji telur |pukul
Sedikit English mustard
Sedikit serbuk lada hitam
Garam secukupnya
Minyak zaitun secukupnya
CARA MEMASAK:
Lumur daging bersama garam dan lada hitam. Ketepikan.
Tuang sedikit minyak zaitun ke dalam kuali leper dan pastikan minyak betul-betul panas barulah digoreng sedikit daging tersebut. Tujuan adalah untuk memerangkap jus daging daripada keluar. Angkat dan ketepikan.
Menggunakan kuali yang lain, goreng cendawan tanpa minyak sehingga air cendawan agak kering.
Masukkan sedikit garam dan serbuk lada hitam secukup rasa. Angkat dan ketepikan.
Setelah itu letakkan daun kubis cina di atas plastik pembungkus kemudian ratakan cendawan tadi di atas daun kubis cina tersebut. Letakkan daging di tengah serta dibungkus kemas dan bekukan sebentar selama 30 minit.
Setelah itu, keluarkan dan bungkus sekali lagi daging tadi bersama roti canai segera untuk dijadikan kulit luar sehingga kemas dan disapukan sedikit telur di permukaan roti tersebut.
Bakar di dalam oven dengan menggunakan api atas selama 30 minit sehingga kulit berwarna perang keemasan pada suhu 180C.
Info Chef:- Boleh juga gunakan paf pastri segera sebagai balutan kulit luar.
2. AYAM LEMON
BAHAN-BAHAN:
6 ketul paha ayam
2 biji lemon
3 sudu makan madu
2 sudu teh Rosemary kering
½ sudu teh serbuk lada hitam
2 ulas bawang putih |cincang halus/ditumbuk
3 sudu makan minyak zaitun
Garam secukup rasa
Sedikit mentega
CARA MEMASAK:
Paha ayam dibasuh bersih serta dikeringkan menggunakan tisu dapur. Ketepikan.
Bancuh minyak zaitun bersama madu, garam, serbuk lada hitam, bawang putih, Rosemary dan perahan lemon serta parutan kulit lemon dari sebiji lemon. Asingkan sedikit, anggaran satu sudu makan bancuhan tersebut untuk dibuat sapuan pada ayam. Selebihnya diperapkan bersama ayam semalaman atau sekurang-kurangnya 2 jam.
Masukkan ayam di dalam mangkuk kaserol yang telah diletakkan sedikit mentega cair. Bakar pada suhu 150 celcius menggunakan api atas bawah dan pada setiap 15 minit sapu ayam bersama baki bancuhan minyak zaitun tadi dan terus membakar sehingga ayam berwarna keperangan dan masak sepenuhnya.
Tempoh masak dianggarkan 30 minit atau bergantung pada oven masing-masing. Hiaslah dengan kepingan lemon dan siap untuk dihidang.
Anda wajib cuba resipi Ayam Cili Daun Limau Purut yang RASA kongsikan ini, rasanya masam, manis, pedas dan kaya dengan aroma daun limau purut. Selain sedap menu ini juga sangat ringkas dan mudah untuk anda cuba, sesuai sangat sebagai hidangan tengahari.
AYAM SOS THAI DAUN LIMAU PURUT
BAHAN-BAHAN:
300 isi dada ayam | potong dadu sederhana, cuci bersih dan tos
3 sudu makan tepung jagung
Secubit garam
1 sudu teh serbuk lada sulah
Minyak secukupnya untuk menggoreng
BAHAN SOS:
1/2 cawan air
2 sudu makan pes cili Thai
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan sos ikan
1 sudu makan gula Melaka | hancurkan
1 sudu makan chile Flakes
3 helai daun limau purut | hiris halus
3 ulas bawang putih | cincang halus
Garam dan gula secukupnya
LANGKAH DEMI LANGKAH:
LANGKAH 1: Campurkan tepung, garam dan lada sulah dalam mangkuk berisi ayam, gaul rata dan goreng hingga garing. Ke tepikan.
LANKGAH 2: Masukkan pes cili Thai, Sos tiram dan gula Melaka,kacau rata.
LANGKAH 3:Tambahkan gula dan garam secukup rasa. Terus kacau.
LANGkH 4: Masukkan pula chile Flakes, kacau rata.
LANGKAH 5: Setelah cukup rasa masukkan pula hirisan dan limau purut dan bawang putih.
LANGKAH 6: Setelah sos siap masukkan ayam goreng tadi dalam mangkuk berisi sos dan gaul rata. Setelah siap ayam sedia dihidangkan.