Syahirah Amira memlalui facebook telah berkongsi resipi membuat cakoi. Resipi ini dimuat naik melalui YouTube Dapur Biru dan dikongsikan di facebook group Majalah RASA. Memang nampak sangat best.
Yang menariknya, cakoi ini sangat lembut dan nampak gebu. Makan dengan cili sos pun dah sedap.
BAHAN-BAHAN
1 sudu besar marjerin (cairkan)
3 sudu besar gula
1 biji kuning telur
1 sudu kecil garam
1/2 sudu teh soda bikarbonat
2 sudu teh yis mauripan
1 sudu besar susu pekat manis
1 cawan air
400 gram tepung gandum
Minyak masak untuk goreng
CARA MEMBUAT
1. Cairkan marjerin di atas api perlahan. Ketepikan.
2. Dalam mangkuk, masukkan gula, kuning telur, marjerin, garam, bikarbonat, yis mauripan, susu pekat manis dan air. Kacau sebati.
3. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Kacau lagi.
4. Gaulkan adunan sampai jadi doh. Rehatkan 30 minit.
5. Uli doh. Gelek sampai jadi leper. Potongkan memanjang. Letak lidi di tengah dan tekankan.
6. Panaskan minyak masak. Gorengkan sampai masak.
7. Angkat dan toskan. Sedia dimakan.
Kredit: Syahirah Amira
Korang nak beli BLENDER baru tak? Jom klik sini untuk tengok BLENDER BARU. Nanti boleh kisar bawang nak masak daging masak hitam dengan blender. Yeeha!
Nak dapatkan peralatan memasak yang baru? Semuanya menarik, jom klik link ni untuk cuci mata. Mana tahu ada yang berkenan kan? Klik sini (saya nak beli periuk baru la)
NAK RESIPI LAIN? Klik sini:
https://rasa.my/nasi-lemak-kukus-ikan-siakap-goreng-menu-luar-biasa-di-restoran-ngeteh-santai/
https://rasa.my/nak-petua-bantu-masalah-angin-dalam-badan-jom-buat-dua-jus-kesihatan-ini/
https://rasa.my/jom-try-buat-ikan-kembung-rebus-air-asam-memang-syok/
https://rasa.my/resipi-oreo-cheesecake-yang-mantap/
https://rasa.my/lelaki-ini-olah-roti-jadi-biskut-kering-bergula-kreatif-sungguh/
https://rasa.my/perghhh-mantap-sungguh-gulai-ikan-tenggiri-paling-power-ni/
Jom tengok video ni
https://www.youtube.com/watch?v=8z9E4CUDm5Q&list=PLeFxvDQwYge2Z4S3GiUhGD-X4hTKVMcL_&index=7