
Nak tahu cara rebus telur supaya tak melekat di kulit bila dikupas? Maklumlah, telur rebus ni ramai yang suka makan. Selain dinikmati bersama nasi lemak, ia juga boleh dijadikan pelbagai sajian enak untuk keluarga. Salah satu masalah yang kita selalu hadapi bila ‘deal’ dengan telur rebus ni ialah semasa nak kupas kulitnya. Ada ketika, mudah nak kupas. Namun ada kalanya susah betul. Sampai terkopek-kopek isi dibuatnya. Jadi bila dimasak, nampak tak cantik. Menerusi perkongsian Puan Waheeda Basiron beliau menunjukkan cara rebus telur supaya mudah dikupas dan kulitnya tidak melekat pada isi.
CARA REBUS TELUR SUPAYA MUDAH DIKUPAS & CANTIK
1. BASUH TELUR
- Mula-mula, macam biasalah. Basuhkan telur bersih-bersih dan masukkan ke dalam periuk dan tambah air. Tak perlu air mendidih baru nak masukkan telur ya.
2. GUNA GARAM & MINYAK MASAK


- Kemudian, masukkan 1 sudu garam dan 1 sudu minyak masak. Inilah rahsianya yang menjadikan kulit telur mudah terasing daripada isinya.
3. REBUS

- Tunggu telur siap direbus lebih kurang 10-15 minit atau sehingga air menggelegak.
4. RENDAM & KUPAS

- Akhir sekali, rendamkan dalam air biasa sekejap untuk hilangkan panas. Bila dah agak suam, bolehlah terus kupas macam biasa. Hasilnya memang memuaskan malah memudahkan kerja.
Semoga bermanfaat dan selamat mencuba!
Kredit petua & foto: Waheeda Basiron
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Petua Elak Mata Pedih Masa Kupas & Potong Bawang.

Kerja dapur yang paling ‘menyedihkan’ adalah kupas bawang. Kalau bawang putih, masih rasa ok lagi. Tapi kalau bawang merah atau bawang besar, memang azab. Mana tidaknya, bila mula je kupas bawang, mesti menangis. Kalau tak guna bawang, tak sedap pula masakan. Sudahnya terpaksalah juga menghiris dengan lelehan air mata. Lagi seksa kalau anda kena kupas dalam jumlah yang banyak terutamanya ketika kenduri. Fuhhh…memang ‘drama’ jadinya. Namun ada petua yang boleh dicuba untuk elak mata pedih masa kupas bawang. Lepas ni, confirm anda tak akan menangis macam kena dera lagi. Jom lihat cara-caranya.
CARA ELAK MATA PEDIH MASA KUPAS BAWANG
1. RENDAM BAWANG
- Rendam bawang yang telah dikupas di dalam air ais beberapa minit kemudian hiris seperti biasa.

2. SIMPAN BAWANG DALAM PETI SEJUK
- Sejukkan bawang merah sebelum dikupas. Cara mudahnya, masukkan bawang dalam peti sejuk sebelum dikupas. Dalam keadaan sejuk tindak balas kimia getah bawah semasa dikupas atau dihiris adalah lambat.
3. GUNA PISAU TAJAM
- Pastikan guna pisau tajam kerana ia membantu mengurangkan pelepasan bahan kimia yang boleh memedihkan mata berbanding menggunakan pisau tumpul.

4. GIGIT BATANG MANCIS
- Pelik tapi benar, gigit batang mancis untuk mencegah air mata keluar semasa sedang menghiris bawang merah.

5. KUNYAH CHEWING GUM
- Kunyah gula-gula getah atau makanan dikatakan mampu mengurangkan air mata yang mengalir keluar. Kerana semasa mengunyah, otot-otot muka terutamanya di kawasan mata akan bergerak dan menghalang bahan kimia yang memedihkan mata dari keluar.

6. KUPAS BAWAH AIR MENGALIR
- Kupas dan potong bawang di bawah air mengalir kerana air mengalir akan menghilangkan bahan kimia yang memedih mata dalam bawang.
7. POTONG BAHAGIAN ATAS BAWANG
- The National Onion Association menyatakan air mata yang keluar semasa mengupas dan memotong bawang akan berkurangan jika dimulakan dengan memotong bahagian atas bawang (bahagian keluar tunas daun) sebelum mengupas kulitnya.
8. ELAK POTONG AKAR BAWANG
- The National Onion Association juga menyarankan, elak memotong bahagian akar bawang kerana bahagian tersebut akan segera mengeluarkan getah yang menyebabkan mata cepat pedih.

9. SEMBUR CUKA
- Cara ini juga mudah. Hanya perlu sembur sedikit cuka makan di atas papan pemotong dan ia boleh mengurangkan rasa pedih mata.
10. KUPAS BERHAMPIRAN KIPAS
- Gunakan bantuan kipas dengan kedudukan bertentangan dengan muka supaya aura getah bawang itu terbang sehala mengikut arah angin kipas dan pastinya tidak mengena mata.
11. RENDAM DALAM AIR PANAS
- Jika mengupas dalam jumlah yang banyak, rendam bawang merah dalam bekas yang berisi air mendidih kemudian tutup rapat. Setelah sejuk toskan airnya, kemudian boleh dikupas menggunakan tangan dengan mudah.
Ha….Macam mana? Mudah kan? Nanti anda bolehlah cuba. Namun, aktiviti kupas bawang ni pun ada kebaikannya juga. Pakar kesihatan ada mengatakan bahawa dengan mengupas bawang sehingga anda mengeluarkan air mata, ia adalah terapi untuk membersihkan mata dari segala kotoran. Jadi sesekali ‘menangis’, bagus juga kan? Selamat mencuba!
3 Cara Potong Telur Dengan Sempurna & Tak Hancur

Telur selain dibuat telur mata, telur dadar, sebenaranya telur sedap juga dijadikan telur rebus kemudian dimasukkan dalam pelbagai masakan. Selain dikupas dan terus dihidangkan, telur rebus juga dixzjikznkan dengan cara dibelah dua, empat atau apa saja bentuk ikut kesesuaian hidangan.
Apa yang menjadi masalah adalah cara memotong, kerap berlaku semasa memotong kuningnya terkeluar kerana melekat pada pisau. atau kadang-kadang putih telur pecah semasa dipotong. Melihatkan hasil potongan yang comot ni mesti tak bestkan. Walau nampak mudah potong telur rebusnya, hakikatnya taklah mudahkan. Tapi ia boleh diatasi dengan ikut tip berikut ini:-

.Potong Telur Rebus Semasa Sejuk
Selapas telur rebus masak, biarkan hingga sejuk baru dipotong. Ini kerana telur lepas di rebus masih dalam proses memasak dalam beberapa saat. Jika dipotong, bahagian kuning dan putih percah dan melekat pada pisau, ia menjadikan potong telur comot. Jika ingin telur rebus cepat sejuk, rendamnya di dalam air sejuk sekejap sebelum dikupas dan dibelah.

Gunakan Pisau Yang Betul
Penggunaan pisau yang betul sangat penting dalam menentukan hasil potong telur rebus. Jangan sesekali menggunakan pisau bergerigi seperti pisau roti. Ia akan hanya merosakkan potongan telur. Gunakanlah pisau yang tajam, kemudian hiris secara berhati-hati dan tidak terlalu menekan pada telur rebus.

.Guna Egg Slicer
Jika semua cara di atas telah dipraktikkan tapi hasil hirisan masih kurang sempurna, penyelesaian mudah beli sahaja egg slicer yang ada dijual di kebanyakan pasaraya dan harganya juga tidak mahal. Egg slicer membantu membuat hirisan atau potongan telur dengan beberapa cara ikut cita rasa.
Diharapkan dengan tip ini, anda tidak perlu takut gagal semasa memotong telur rebus dan hiasan hirisan telur dalam masakan korang tampak lebih kemas dan cantik.
4 Cara Mudah Elak Daging Liat & Keras

Nak buat daging goreng, masalah utamanya adalah daging itu liat. Tak lembut macam daging yang dimasak berkuah. Kalau kuah, bolehlah kita masak lama supaya daging makin lembut.
RASA ingin kongsikan cara buat daging goreng atau tumis yang betul supaya daging tidak liat walaupun dimasak tak terlalu lama.
Lagipun tak lama lagi Hari Raya Aidiladha. Bolehlah cuba masak daging guna petua ni. Daging lembut dan sedap.

TIP PERTAMA: HIRIS NIPIS-NIPIS
Anda perlu hiris daging nipis-nipis, jika hadapi masalah untuk membuat hirisan nipis, bekukan daging separuh beku kemudian proses menghiris akan menjadi lebih mudah. Selain itu anda boleh gunakan pisau tajam dan dikhaskan untuk daging sahaja. Semasa membuat hirisan, sebolehnya, saiz hirisan daging adalah sama supaya daging akan masak sekata dan sempurna.
TIP KEDUA: JANGAN DICUCI
Selepas dihiris, jangan cuci daging, kerana ia akan hanya membuat daging menjadi hanyir ketika dimasak. Cukup sekadar mengelapnya dengan tisu dapur. Kalau nak cuci, cuci daging sebelum dihiris.

TIP KETIGA: PERAP
Anda juga boleh perap daging dengan bahan perencah seperti campuran bahan kisar, rempah ratus serbuk, sos, kicap, garam dan gula. Selepas digaul rata dengan bahan perapan. Perap daging sekurang-kurangnya satu jam, atau sebaik-baiknya semalaman. Proses perapan membantu menjadikan tekstur daging lebih empuk.

PETUA KEEMPAT: MASAK SEKEJAP
Langkah terakhir, anda boleh tumis atau goreng menggunakan api besar selepas bahan tumisan garing dan wangi. Kacau rata lebih kurang 5 minit supaya daging tidak bertukar keras atau liat. Semasa proses memasak juga anda perlu sentiasa kacau supaya daging masak sekata.
Diharapkan dengan tip ini daging yang anda tumis atau goreng bukan hanya tidak liat tetapi juga lebih cepat dan sedap. Tak tau nak masak daging dengan resipi apa, jangan risau RASA turut kongsikan resipi masakan daging di sini.
JOM CUBA RESIPI DI BAWAH!

DAGING GORENG KAILAN
BAHAN-BAHAN:
Bahan Perapan Daging:
- 300 gram daging | hiris nipis
- 1 sudu kecil kicap
- 2 sudu kecil minyak sayur
- 1 sudu kecil tepung jagung
- Sedikit garam dan gula
Bahan Sos:
- 2 sudu besar air
- 1 sudu kecil minyak bijan
- 1 sudu kecil tepung jagung
Bahan Tumis:
- 3 pokok anak kailan | potong, celur dan angkat
- 2 sudu besar minyak masak
- 1 biji cili merah | hiris serong
- 2 biji bawang merah | hiris
- 6 ulas bawang putih | cincang kasar
- 3 sudu besar minyak masak
- Garam dan perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
- Masukkan daging bersama semua bahan perapan ke dalam mangkuk. Gaul dan perap lebih kurang 30 minit.
- Sambil itu sediakan sos. Di dalam mangkuk kecil campurkan semua bahan sos. Kacau rata dan ketepikan.
- Panaskan air dalam periuk, kemudian celur anak kailan lebih kurang satu minit, angkat dan toskan.
- Untuk menumis daging, panaskan sedikit minyak masak, Masukkan bawang putih, bawang merah hingga wangi.
- Kemudian masukkan daging yang telah diperap tadi.
- Gaul rata, sehingga daging masak dan bertukar warna keperangan.
- Seterusnya, masukan hirisan cili dan kailan yang telah dicelur tadi, kacau seketika.
- Masukkan sos yang telah disediakan tadi, sos tiram, garam dan gula secukup rasa.
- Angkat dan sedia dihidangkan.
Selamat mencuba!
Korang nak beli BLENDER baru tak? Jom klik sini untuk tengok BLENDER BARU. Nanti boleh kisar bawang nak masak daging masak hitam dengan blender. Yeeha!
Nak dapatkan peralatan memasak yang baru? Semuanya menarik, jom klik link ni untuk cuci mata. Mana tahu ada yang berkenan kan? Klik sini (saya nak beli periuk baru la)
NAK RESIPI LAIN? Klik sini:
https://rasa.my/nasi-lemak-kukus-ikan-siakap-goreng-menu-luar-biasa-di-restoran-ngeteh-santai/
https://rasa.my/nak-petua-bantu-masalah-angin-dalam-badan-jom-buat-dua-jus-kesihatan-ini/
https://rasa.my/jom-try-buat-ikan-kembung-rebus-air-asam-memang-syok/
https://rasa.my/resipi-oreo-cheesecake-yang-mantap/
https://rasa.my/lelaki-ini-olah-roti-jadi-biskut-kering-bergula-kreatif-sungguh/
https://rasa.my/perghhh-mantap-sungguh-gulai-ikan-tenggiri-paling-power-ni/
Jom tengok video ni
https://www.youtube.com/watch?v=8z9E4CUDm5Q&list=PLeFxvDQwYge2Z4S3GiUhGD-X4hTKVMcL_&index=7

