Pengusaha lemang periuk kera pernah dilempar dengan isu mengganggu keseimbangan alam sekitar. Ini kerana dikatakan jumlah periuk kera semakin berkurangan akibat diambil untuk dijadikan bahan memasak lemang. Hal ini memberi kesan mudarat kepada tumbuhan ini sendiri dan pelbagai spesies haiwan lain.
Pun begitu, bagi usahawan lemang periuk kerana dan pemilik jenama Lempera, Zehan Zaidin, beliau tetap pasarkan hidangan tersebut kerana mempunyai peminatnya yang tersendiri.
“Bagi saya, tindakan mengambil periuk kera untuk dijadikan bahan memasak lemang tidaklah sampai mengganggu proses keseimbangan alam sekitar. Selepas lebih lima tahun saya usahakan lemang periuk kerana, tidak dengar lagi periuk kera pupus. Proses pengambilan periuk kera dijaga rapi. Setiap kuntuman periuk kera digunting satu persatu. Kita ambil ikut keadaan dan saiz. Jika masih kecil, kita tidak usik pun,” katanya yang juga menerangkan bahawa pokok periuk kerana tumbuh subur pada musim hujan.
GERAI DI PASAR TANI
Mengakui lemang periuk kerana mempunyai ramai peminat, Zehan tetap menjual makanan itu di dua lokasi Pasar Tani. Pertama di Pasar Tani Balok pada setiap Sabtu. Lokasi kedua di Pasar Tani UTC Kuantan pada setiap Ahad. Waktu perniagaan adalah pada pukul 7 pagi hingga 12 tengah hari.
“Di kedua-dua lokasi ini, makanan yang kami jual adalah sama sahaja. Lemang periuk kera dan kari ayam adalah menu wajib ada. Satu lagi produk saya yang mendapat sambutan adalah lepat ubi kayu. Selain itu ada ketupat palas dan pulut panggang. Saya turut usahakan petai jeruk namun mengikut musim,” katanya.
Jadi, kepada masyarakat sekitar kedua-dua lokasi ini, jom singgah ke sini untuk mendapatkan menu yang dijual.
LOKASI:
Pasar Tani Balok, Kuantan (setiap Sabtu)
Pasar Tani UTC Kuantan (setiap Ahad)
Masa: 7 pagi – 12 tengah hari
Sumber: Facebook Lempera
LAPAR? JOM SINGGAH SINI
KAYO CAFE, TAMPIN NEGERI SEMBILAN
https://www.rasa.my/kayo-cafe-tampil-suasana-era-70-an-mengimbau-memori-50-tahun-dulu/
HANAN KHADEEJA VENDOR, TANAH MERAH KELANTAN
https://www.rasa.my/kerap-gagal-bisnes-hutang-puluh-ribu-wanita-ini-kembali-tersenyum-kedai-vendor-jual-dessert-sukses/
ICELICIOUS, PARIT SULONG JOHOR
https://www.rasa.my/pacak-gerai-tepi-rumah-icelicious-tarik-pelanggan-dengan-iced-blended-dan-ikan-bakar-sos-dwipilihan/
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI