
Lauk yang ringkas pun boleh jadi berselera dengan adanya sambal tumbuk. Nak buat bukan susah mana pun. Hanya beberapa bahan ringkas yang dicampur dan ditumbuk sekata. Paling penting, kena guna lesung batu. Barulah power!
SAMBAL BILIS TUMBUK
BAHAN-BAHAN:
- 2 ulas bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- Cili padi – ikut kepedasan yang dikehendaki
- 2-3 tangkai cili merah
- Sedikit belacan
- 1 biji tomato
- Limau nipis
- Ikan bilis goreng secukupnya
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Potong kasar bahan-bahan diatas (kecuali limau nipis) dan goreng hingga layu.
2. Kemudian tumbuk kesemuanya hingga lumat. Perah jus limau nipis.
3. Kacau rata. Siap untuk dinikmati.
https://www.facebook.com/nuradeebaa/videos/10215078534012390/
Kredit resipi & foto: Diba Dibb
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Buat Sendiri Pes Tomyam, Rasanya Lebih Sedap & Asli

Jika tekak anda teringin untuk makan tomyam, boleh cuba buat pes ini di rumah. Anda hanya tinggal ambil dan masak sahaja. Mudah untuk anda yang bekerja dan mempunyai masa yang suntuk untuk memasak hidangan untuk keluarga. Cuba sahaja resipi perkongsian Ina Zurinah ini. Rasanya pasti lebih sedap dan asli.
RESIPI PES TOMYAM
BAHAN-BAHAN:
- 2 biji bawang besar
- 4 batang serai (letak lebih kalau serai kurus)
- 2 biji cili hidup merah
- 5 hiris lengkuas
- 7 helai daun limau purut (dikira secara tak bercantum)
- 4 sudu makan udang kering
- 10 ekor ikan bilis (jika suka kalau nak lebih rasa kaw kaw seafood)
- 4 inci belacan
- 3 sudu cili kering siap kisar (kalau nk pedas boleh lebihkan cili)
- Air asam jawa
- Gula perang
- Garam asli
- Sedikit minyak masak
CARA PENYEDIAAN:
1. Masukkan semua bahan kecuali air asam jawa, garam dan gula ke dalam pengisar. Kisar sampai lumat.
2. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis sehingga pecah minyak. Gunakan api perlahan.
3. Bila sudah pecah minyak, masukkan air asam jawa dan gula perang. Kacau.
4. Padamkan api dan masukkan garam.
5. Apabila pes dah sejuk, masukkan ke dalam botol dan simpan dalam peti sejuk untuk tahan lama.
https://www.facebook.com/100001572327815/videos/pcb.3268973046759322/3245630692165976/
Jika teringin nak makan apa sahaja makanan berasaskan tomyam, boleh guna pes ini. Tak perlu pergi ke restoran Thailand. Selamat mencuba!
Jika anda sedang mencari PETI SEJUK baru, boleh klik DISINI.
KREDIT RESIPI & FOTO: INA ZURINAH
Resipi lain yang boleh dicuba:
Anda juga boleh cuba resipi daripada YouTube Majalah Rasa ini:
Resipi Sos Pencicah Serbaguna. Mudah, Cepat & Sedap.

Sos serbaguna ini memang bagus dibuat dan disimpan kerana boleh dimakan dengan pelbagai jenis makanan pada bila-bila perlu. Bahan-bahan juga senang didapati. Jika suka pedas boleh banyakkan jumlah cilinya. Pastikan cilinya benar-benar masak agar tahan lama dan tidak sakit perut pula memakannya.
SOS PENCICAH SERBAGUNA
BAHAN-BAHAN:
- 1/4kg @ 250gm cili kering | buang biji, rebus & kisar
- Cili padi secukupnya | tambah jika mahu lebih pedas. Kisar bersama cili kering
- 2kg gula
- Garam secukup rasa
- Cuka makan secukupnya
- Air secukupnya
- Tepung jagung | bancuh dengan sedikit air
CARA MEMBUAT:
1. Masukkan semua bahan ( kecuali tepung jagung) ke dalam periuk. Masak hingga mendidih.
2. Kemudian rasa. Pastikan rasa manis, pedas, masam dan masin cukup.
3. Seterusnya masukkan bancuhan tepung jagung. Masak lagi hingga mendapat kepekatan sos yang dikehendaki.
4. Enak dinikmati dengan pelbagai jenis makanan bergoreng.
Tips: Simpan dalam botol kedap udara dan letakkan dalam peti sejuk untuk tahan lama.
Kredit resipi & gambar: Mummy Violet
Resipi Kuah Yong Tau Foo Homemade Yang Mudah, Sedap & Halal

Sedapnya Yong Tau Foo. Lebih sedap lagi jika dapat makan ramai-ramai bersama keluarga. Hidangan ini jika dibeli, agak mahal harganya lebih-lebih lagi jika dibeli dalam kuantiti yang banyak. Jika keluarga besar, memang tak puas makan. Cubalah masak sendiri. Tak susah pun untuk buat kuahnya. Lagi jimat malah boleh makan puas-puas. Puan Fara Bakri ada kongsikan resipinya. Selamat mencuba!
CARA MASAK KUAH YONG TAU FOO HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
- 4 sudu makan cili boh – boleh ganti cili serbuk (beli online disini)
- 4 sudu makan gula merah (beli online disini)
- 1 inci belacan bakar (beli online disini)
- 3 sudu makan sos tiram (beli online disini)
- Sedikit serbuk perasa
- Garam secukupnya (beli online disini)
- 2 cawan air
- 2 sudu makan kicap pekat (beli online disini)
- 2 sudu makan minyak masak (beli online disini)
- Bancuhan tepung gandum secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Masak gula merah bersama air. Kemudian tapis. Masukkan kembali air gula ke dalam periuk.
2. Tambahkan cili boh dan kesemua bahan lain ( kecuali bancuhan tepung gandum). Masak dengan api paling perlahan sambil kacau.
3. Bila campuran sudah mendidih, masukkan bancuhan tepung gandum ikut tahap kepekatan yang dikehendaki.
4. Jika kuah terlebih pekat, tambah sedikit air. Masak kuah lama sedikit supaya rasaya lebih sedap.
5. Jumlah garam dan gula bergantung pada cita rasa masing-masing. Boleh ubah suai ikut selera. Jika kuah terasa kurang manis, boleh tambah gula putih.
6. Angkat kuah dan hidangkan bersama aneka bebola, kek ikan, sosej dan sayur. Tabur bawang goreng kisar kasar untuk rasa lebih enak.
Kredit resipi & foto: Puan Fara Bakri
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah & sedap di laman web RASA:
Cara Buat Kuih Cakoi & Kuah Pandan Yang Mudah, Sedap & Confirm Jadi
Masak Pulut Pagi Yang Lembut & Tak Berkerak. Begini Cara Buatnya.
Chef Kongsi Cara Buat Popcorn Karamel Homemade. Masak Guna Periuk Je
Cara Buat Kuih Lopes Sagu Yang Sedap & Lembut Untuk Minum Petang
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official