Kalau kat kampung, boleh bakar pakai arang. Lagi sedap rasanya. Tapi sesiapa yang tinggal di bandar, boleh je bakar atas dapur. SuiSan Aliezsha kongsikan resipi ayam percik yang dia buat untuk meniaga. Nampak sedap. Boleh try resipinya ya.
Nah saya share resipi ayam percik yang saya buat jual ni. Moga ilmu yang kita kongsikan manfaat buat semua. Nak potong-potong pun boleh seperti post saya share sebelum ni.
AYAM PERCIK
BAHAN AYAM PERCIK
7 tangkai cili kering
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
2 cm Halia
3 tangkai serai
2 cm kunyit hidup
1 sudu besar ketumbar
1 sudu besar jintan manis
Garam dan gula secukupnya
1 ekor ayam
Sedikit minyak zaitun (minyak masak pun boleh)
CARA MEMBUAT AYAM PERCIK
1. Kisar cili kering, bawang besar, bawang putih, halia, serai dan kunyit hidup.
2. Kisar halus ketumbar dan jintan manis.
3. Tumis semua bahan kisar tanpa minyak. Masukkan garam dan gula.
4. Kemudian masukkan ayam. Biarkan ayam setengah masak.
5. Keluarkan ayam dan letak di atas stand.
6. Renjiskan ayam dengan minyak zaitun.
7. Bakar pada suhu 200 darjah selama 15 minit. Bakar atas dapur pun boleh.
Ads
Masak macam ni tau.
Ads
Bakar jadi macam ni.
BAHAN KUAH
7 tangkai cili kering
3 ulas bawang putih
5 sudu sos cili
1 sudu besar gula merah
1 sudu besar gula pasir
1 sudu besar tepung jagung
CARA MEMBUAT KUAH
1. Kisar cili kering bersama bawang putih.
2. Panaskan kuali. Masukkan cili kering dan bawang putih tadi. Masukkan sedikit air. Kacau perlahan sehingga cili masak.
3. Masukkan sos cili, gula merah yang telah dibancuh dengan sedikit air, gula pasir dan tepung jagung.
4. Kacau sampai kuah jadi pekat.
5. Jika suka, boleh tambah bijan.
Buat Serina, papanya Chef Wan adalah idola masakannya. Dua sajian raya yang biasa dihidangkan mereka adalah Ayam Berkuah Sate atau Kacang dan juga Biskut Kacang Pecan..
Cerita Serina dia memang sentiasa teringat kelazatan lauk pauk dan biskut raya yang rangup dan cantik air tangan papanya.
“Famili kami memang cukup besar hampir 45 hingga 60 orang, bila dah berkumpul adik beradik dan sepupu memang meriah dengan juadah puasa dan raya. Setiap famili bawa kuih raya, lemang, rendang dan kami masak bersama. Saya hanya membawa daging untuk dimasak rendang. Tapi papa akan membuat segala kek dan biskut seperti kek oren, chocolate chip dan pecan cookies.
Kami boleh juga buat tapi tak secantik rupa macam papa buat. Ayam berkuah sate atau berkuah kacang papa memang cukup wangi aromanya dan menjadi kegemaran kami sekeluarga di bulan puasa dan Hari Raya. Selain itu papa dulu rajin masak masakan Arab , Beriani , Nasi Bukhari dan Kus-kus,”imbau Serina mengenai juadah nostalgia Hari Raya.
Jom semak 2 resipi Hari Raya Serina dan papanya Chef Wan.
AYAM BERKUAH KACANG @ KUAH SATE
BAHAN-BAHAN :
1 ekor ayam | dipotong kecil, boleh juga digoreng separuh masak terlebih dahulu
500gm kacang tanah | digoreng dengan sedikit minyak dan dikisar kasar
Bahan dikisar kasar :
30 tangkai cili kering | direndam air panas
12 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
7 batang serai
2.5sm halia
2.5sm lengkuas
8 sudu makan gula Melaka | yang telah diracik
2 sudu makan gula pasir
2 cawan air
8-10 sudu makan minyak panas
1 cawan air asam jawa | daripada 50gm pati asam jawa
Garam @ garam mineral secukup rasa
Gula secukup rasa
CARA MEMASAK :
Panaskan minyak masak dan tumiskan bahan-bahan yang dikisar sehingga naik baunya.
Apabila garing masukkan kacang tanah. Kacaukan hingga sebati.
Masukkan air, air asam jawa, gula dan garam secukup rasa ke dalam kuah yang semakin pekat itu.
Kecilkan api dan masukkan ayam. Biarkan mereneh sehingga ayam dan kuah masak. Tutup api dan sedia untuk dihidang.
BISKUT PECAN
BAHAN-BAHAN :
60gm mentega tanpa garam
¼ cawan gula aising (serbuk)
1 sudu teh esen vanilla
125gm kacang pecan | dipanggang dalam oven dan dikisar kasar
½ cawan tepung gandum serba guna
Kacang pecan secukupnya untuk hiasan
Serbuk gula aising secukupnya | ditabur sebagai hiasan
CARA MEMASAK :
Pukul mentega dan gula hingga ringan dan berkrim.
Masukkan esen vanilla, pecan dan tepung, adunkan hingga menjadi doh.
Ambil doh dan bulatkan dan susun di atas dulang pembakar yang sudah digriskan dengan mentega.
Leperkan sedikit dengan menekan kacang pecan di atasnya.
Bakar 8 hingga 10 minit dengan suhu 175 darjah Celsius.
Back to basic. Cara paling mudah goreng ayam rangup ala-ala kfc. Jimat dan boleh di nikmati panas-panas. Jom ikut cara Puan Noorastella masak ayam rangup . Pasti tak cukup satu nanti.
Nasi ayam panggang hidangan lengkap yang menjadi kegemaran seisi keluarga. Ayam di panggang harum memikat selera dan bahan sampingan seperti kicap, sambal dan sup lagi membangkitkan selera.
BAHAN-BAHAB NASI:
4 mug beras basmathi
6 mug air rebusan ayam
2 ketul kiub pati ayam*
3 inci halia*
3 biji bawang putih*
7 helai daun bawang
2 sudu besar minyak bijan
3 kuntum bunga lawang
3 helai daun pandan- di simpul
4 – 5 sudu besar marjerin planta
**Kisar atau tumbuk bahan-bahan yg bertanda ( * )
BAHAN-BAHAN UNTK SOS PERAPAN AYAM PANGGANG:
1 ekor ayam – kerat 4 dan cuci bersih
7 sudu besar sos marinade ayam lee kum kee
1 sudu besar serbuk chinese five spice mc cormick
1 sudu besar serbuk lada hitam
1 sudu besar serbuk chicken seasoning mc cormick
5 sudu minyak jagung
BAHAN-BAHAN SUP:
4 ulas bawang putih – di mayang
3 inci halia – di mayang
2 bungkus sup bunjut
1 sudu besar serbuk lada sulah
1 keping kecil asam keping
Air rebusan ayam secukupnya
BAHAN-BAHAN SOS CILI:
10/15 biji cili api merah – optional
6 biji cili merah
1 biji tomato- kerat kasar
2 inci halia
3 ulas bawang putih
2 biji limau kasturi @ limau nipis- perah
1 sudu tomato sos
3 sudu cili sos
sedikit air dari air rebusan ayam
garam dan gula secukupnya
CARA-CARA: (Masukkan semua bahan didalam blender dan kisar hingga hancur)
BAHAN-BAHAN KICAP:
2 ulas bawang putih
kicap manis secukupnya
air rebusan ayam secukupnya
1 sudu besar sos tiram
tepung jagung di campur dgn air secukupnya (untuk pekatkan)
sedikit gula
(Blend semua bahan kecuali tepung jagung)..selepas blend isi dalam periuk dan panas kan atas dapur…agak2 dah panas..boleh la di masukkan tepung jagung dicampur air secukupnya..(utk memekatkan kuah)
BAHAN HIASAN:
Tomato, salad, daun sup dan bawang, timun
CARA MEMASAK SUP:
Mula-mula buat air rebusan ayam (masukkan air, sedikit daun bawang, halia & beberapa ulas bawang putih yang diketuk kasar) Tutup periuk dan masak hingga mendidih.
Selepas air mendidih, masukkan ayam dan biarkan ia masak selama 20 minit. Selepas 20 minit, angkat ayam tadi dan toskan.
CARA MASAK NASI:
Mula-mula masukkan majerin dalam periuk elektrik dan biar ia mencair.
Kemudian masukkan bahan-bahan yang telah di kisar dan biar naik bau.
Selepas itu masukkan bunga lawang, daun bawang dan daun pandan.
Bila sudah layu masukkan minyak bijan.
Kacau-kacau sekejap, kemudian masukkan beras, sedikit garam dan air rebusan ayam mengikut sukatan beras. Biarkan hingga nasik masak.
CARA MEMASAK AYAM:
Ayam yg telah di toskan tadi di masukkan kedalam satu mangkuk besar.
Gaulkan ayam dengan semua bahan perapan. Sapukan rata dan biarkan 1- 2 jam.
Selepas ayam diperap susun ayam dalam tray yang sesuai, tinggalkan bahan-bahan sos perapan yang lebih itu.
Kemudian bakar ayam dalam oven selama lebih kurang 1 jam 15min pada suhu 200c.
Baki sos perapan yang masih ada lebih tadi jangan buang. Setiap 20 minit keluarkan sekejap ayam dan sapukan ayam dengan lebihan sos perapan tadi, sehingga selesai bakar. ( anggaran dalam 3-4 kali sapu sepanjang proses bakar ayam tu..)
Agak-agak warna ayam dah bertukar coklat gelap dan kulit ayam nampak berminyak berkilat boleh diangkat.
CARA MEMASAK SUP:
Panas periuk dengan sedikit minyak dan tumis bawang putih, halia & sup bunjut sehingga naik bau. Masukkan serbuk lada sulah.
Kemudian masukkan baki air rebusan ayam tadi. Kalau air rebusan dah berkurangan boleh lah di campur dengan air biasa. Masak sehingga mendidih dan perasakan sup. masukkan 1 kiub pati ayam, garam dan serbuk perasa untuk ini)
Selepas semua sudah masak, bolehlah di makan. Cara penyediaan iaitu timun, tomato dipotong nipis-nipis, daun sup dan bawang di potong halus dan di masukkan kedalam sup tadi. Taburkan juga bawang goreng. Siap untuk dimakan.
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.