Siapa di sini, setiap kali beli chezzy wedges tu mesti mintak sos lebih. Fuhh, nikmat sungguh dapat makan kentang tu dengan sos cheese yang melimpah ruah.
Haa, memandangkan kita tak boleh nak ‘dine-in’ di luar, apa kata kita bawa resipi daripada Tyra Manan yang boleh layan sambil tengok drama online.
Jom kita tengok bahan-bahannya.
BAHAN MASHED POTATO
1kg kentang
100gm mentega | dipotong dadu
100ml whipping cream
50ml air (ini bukan untuk rebus kentang tau)
Lada hitam
Garam secukup rasa
Ads
CARA MEMASAK:
Rebus kentang sampai betul-betul lembut. Kemudian, campurkan semua bahan, gaul sampai mentega itu cair. Jangan risau! Rasa hidangan ini akan menjadi sedap.
BAHAN AYAM:
Ayam bahagian dada | Potong dadu
Tepung bestari
CARA-CARA :
Ads
Bancuh tepung dengan air, kemudian goreng dalam minyak panas.
BAHAN TOPPING:
Jagung rebus
Serbuk cheese (dibancuh dengan air panas)
Mayonis
Ads
*Jagung rebus dahulu tapi jangan lama-lama nanti kecut. Kemudian, gaulkan dengan gula dan garam sikit.
CARA NAK LETAK DALAM MANGKUK :
Mula-mula, letak mashed potato, kemudian letak sos cheese dan mayonis. Kacau, kemudian masukkan kentang dan ulang langkah tadi ikut anda inginkan berapa lapisan. Akhir sekali baru letak jagung, ayam goreng dan curahkan sos cheese dengan mayonis. Ok selesai, dah boleh makan!
Nak buat ayam percik ni memang kena banyak rempah. Ramai yang suka makan ayam percik. Rasanya lebih sedap berbanding ayam goreng kalau betul-betul pandai buat. Ini kerana selepas dipanggang, ayam percik akan dicelup dalam sos dan hal ini menjadikan ayam lebih berperisa. Jom try buat ayam percik macam kat pasar malam. Sedap sangat walaupun simple.
AYAM PERCIK SIMPLE
BAHAN-BAHAN
• 7 tangkai cili kering
• 1 biji bawang besar
• 2 ulas bawang putih
• 1 inci halia
• 2 batang serai
• 1 inci lengkuas
• 1 keping gula melaka
• 3 sudu besar madu
• 3 sudu besar sos cili
• Garam secukupnya
• Setengah ekor ayam
CARA MEMBUATNYA
1. Kisar cili kering, bawang besar, bawang putih, halia, serai dan lengkuas.
2. Masukkan dalam kuali tanpa minyak. Tambah kan air.
3. Masukkan gula melaka, madu, sos cili dan garam. Bila mendidih, masukkan ayam.
4. Masak sampai ayam setengah masak, kemudian panggang ayam. Ayam dah kering, celup dalam sos and sambung panggang atau bakar.
5. Ulang step celop dan bakar sampai puas hati.
Sate adalah antara makanan yang menjadi kegemaran ramai dan resipinya ada pelbagai versi. Bagi anda yang nak cuba buat sate yang sedap dan mudah, resipi perkongsian saudari Zahiza Asfar nib oleh dicuba. Menurut beliau, ini adalah resipi sate ayam viral yang beliau hasilkan setiap hari untuk jualan. Pasti sedap! Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
SATE AYAM VIRAL
BAHAN-BAHAN:
2 kg isi ayam – dipotong
1/2 kg gula
4 biji bawang besar
1 labu bawang putih
4 batang serai
5 inci halia / lengkuas
2 sudu makan serbuk jintan manis
Serbuk kunyit secukupnya
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Basuh isi ayam hingga bersih. Toskan.
Kisar bawang besar, bawang putih, serai, halia dan lengkuas hingga halus.
Masukkan isi ayam ke dalam bekas. Tambahkan gula, bahan kisar, serbuk jintan manis, serbuk kunyit dan garam secukup rasa. Gaul sebati.
Perap seketika isi ayam dan kemudian cucuk menggunakan lidi. Saiznya ikut selera.
Bakar sate hingga masak dan nikmati bersama kuah kacang dan nasi impit.
Sedapnya kalau dapat makan cucur masa minum petang. Resipi cucur ni pun ada pelbagai jenis. Salah satu yang boleh dicuba ialah Cucur Roti atau Cokodok Roti perkongsian Opah Mas Cotek. Hidang panas-panas & cicah sos. Mesti berebut. Roti pun tak sempat nak ‘expired’. Cubalah. Pasti puas hati.
RESIPI CUCUR ROTI SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN:
12 keping roti sandwic
1 biji bawang besar – cincang
2 biji cili merah – cincang
Sedikit daun sup / daun bawang – hiris halus
2 biji telur
1 sudu teh serbuk lada putih
1 sudu teh serbuk cukup rasa
Garam secukup rasa
JIKA SUKA: boleh tambah isi udang, ikan bilis, lobak merah, ubi kentang dan sebagainya.
CARA MEMASAK:
1. Gunting roti atau siat supaya menjadi kepingan kecil.
2. Satukan semua bahan dan gaul sebati.
3. Panaskan minyak, bulatkan adunan cucur dan goreng hingga berwarna keemasan.
4. Angkat, toskan minyak dan sedia dihidangkan. Boleh dinikmati bersama sos malah enak dimakan begitu sahaja.
Selain sedap dibuat sambal, goreng kunyit atau dimasuk dalam tomyam sotong juga enak dibuat masak lemak. Jika nak lebih sedap dan istimewa boleh cuba buat sotong masak lemak Padang.