Anda yang menghidap diabetes jika teringin makan steak, boleh je makan. Tak ada pantangnya, selagi steak bebas dari gula dan karbohidrat. Nak lagi sedap tambah apa sahaja sos dan hidangan sampingan seperti salad, bunga kobis, brokoli dan lobak merah. Namun, elak makan steak bersama nasi, kentang ataupun jagung kerana makanan ini sumber gula dan karbohidrat.
Ini resipi steak yang bebas gula dan karbohidrat. Anda boleh cuba ye:-
SAVOURY MARINATED STEAK
Ads
BAHAN-BAHAN PERAP :
180gm Striploin beef
1 sudu makan herba campur
1/2sudu makan paprika
Garam secukup rasa
Lada sulah secukup rasa
BAHAN SOS SAVOURY
Ads
3 sudu makan sos BBQ
1 sudu makan serbuk lada hitam
CARA MEMASAK :
Ads
Gaulkan kepingan daging dengan bahan perapan. Perap selama lima minit.
Kemudian, panggang daging lebih kurang 15 minit untuk kedua-dua belah daging.
Sementara itu campurkan sos BBQ dengan serbuk lada hitam. Kacau rata sos.
Setelah steak masak, tuangkan sosdi atas steak dan hidangkan bersama salad segar, cili bangala panggang, hirisan lemon dan salad segar.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Masakan lemak cili padi memang sinonim dengan Negeri Sembilan. Memang sedap, pedas dan menyelerakan. Bertambah-tambah nasi dibuatnya. Mudah sahaja sebenarnya nak masak masak lemak cili padi ala Negeri Sembilan ni. Simple sangat. Jom kita cuba resipi perkongsian saudari Norlailanazira Mohd Agos ini. Ayuh kita lihat bahan-bahannya.
Walaupun tanpa menggunakan telur ayam, namun kek pisang ini tetap sedap. Menggunakan gula perang, menjadikan kek pisang ini bertambah sedap. Iedaa Jahaya berkongsi resipi ini di laman facebook Rasa Share Resipi. Jom try buat.
KEK PISANG TANPA TELUR
BAHAN-BAHAN
4 biji pisang berangan atau pisang emas (Lenyek guna garpu)
4 sudu besar gula perang
115 gram mentega (cairkan dan ketepikan) (BELI DI SINI)
120 gram butter milk (1/2 cawan susu segar + 1/2 sudu besar)
Esen vanila (BELI DI SINI)
BAHAN KERING (diayak)
160 gram tepung gandum (BELI DI SINI)
25 gram serbuk koko
1 sudu kecil baking powder (BELI DI SINI)
1/2 sudu kecil soda
1/2 sudu kecil garam
CARA MEMBUAT
1. Pisang yang telah dilenyek tadi dicampur dengan gula perang. Kacau sehingga gula larut.
2. Masukkan mentega yang telah dicairkan.
3. Gaul sebati. Masukkan pula butter milk dan esen vanila. Gaul sebati.
4. Kemudian masukkan bahan kering sedikit demi sedikit supaya tidak berketul.
5. Tuang dalam loyang yang disapu marjerin dan lapik dengan baking paper.
6. Tabur chocolate cip, letakkan hirisan pisang.
7. Kemudian bakar dalam ketuhar pada suhu 160 darjah selama 40 minit. (BELI KETUHAR DI SINI)
.
Sarapan apa ya pagi ni? Ada yang suka makan yang berat seperti nasi lemak dan makanan bergoreng .Kalau yang suka makanan yang ringkas, roti sudah memadai. Namun roti boleh dipelbagaikan cara untuk menambah rasa yang lebih enak seperti resipi ini. Roti berinti sebegini memang tak cukup satu.
THAI BREAD CREAMY CHICKEN
Untuk bun roti: 500 gm tepung high protein/ tepung gandum 75 gm gula halus 1 sudu kecil bread improver 1/2 sudu kecil garam 1 paket yis (11gm)-BELI ONLINE DI SINI 2 sudu besar susu tepung
Bahan basah: 1 biji kuning telur + 30gm susu segar+ air sejuk ( jadikan 280gm semuanya ) 70 gm marjerin
Inti Thai Bread Creamy Chicken: 1/2 pek isi ayam kisar 1 biji bawang Holland 3 ulas bawang putih 1 sudu besar tepung jagung + sedikit air 1 sudu besar butter 1 cawan susu segar 2 keping keju Sedikit cendawan butang 1 biji capsicum hijau dan merah Lada hitam secukupnya Garam secukup rasa Breadcrumb-BELI ONLINE DI SINI 1 biji telur (dipukul sedikit untuk sapu pada doh) Daun salad
Cara memasak: 1.Masukkan tepung dan bahan-bahan kering yang lain ke dalam satu mangkuk besar. 2.Tuangkan bahan basah sedikit demi sedikit . 3.Uli sebati dan masukkan marjerin 4.Uli hingga jadi doh, kalau lembik tambah tepung sikit-sikit. 5.Dah siap perapkan selama 40 minit sehingga doh mengembang . 6.Bila dah kembang, tumbuk-tumbukkan doh supaya angin keluar. 7.Uli lagi dan bentukkan bulat. 8.Perap doh lagi sehingga kembang semula. 9Bila dah kembang, sapukan doh dengan telur 10.Taburkan breadcrumb pada doh. 11.Panaskan minyak dengan api kecil dan goreng hingga masak
Untuk inti: 1.Panaskan butter, tumiskan bawang hingga layu. 2.Masukkan ayam dan lada hitam. 3.Bila ayam dah masak masukkan cendawan butang, capsicum 4.Masukkan susu segar dan keju. 5.Masukkan tepung jagung supaya pekat sedikit dan perasakan dengan garam. 6.Dah mendidih dan masak tutup api. 7.Ambil roti yang dah digoreng, potong tengahnya tapi jangan sampai putus. 8.Letakkan salad dan inti ayam tadi. 9.Letakkan sos cili dan mayonis.
Dah siap selamat mencuba. Kredit:Hidayati Hana (sumber resipi dr google)
INGIN MEMBELI HAND BLENDER @ FOOD PROCESSOR, BOLEH LIHAT DI SINI.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!