Jika singgah ke restoran Mamak, antara yang jadi pilihan adalah roti canai, capati, dan tose. Tetapi, sesekali nak juga cuba hasil air tangan sendiri. Dapat buat lebih. Rupa-rupanya mudah saja buatnya.
Perkongsian Ummu Ashraf yang pertama kali buat tose hasil air tangan sendiri ini begitu mengujakan. Walaupun baru pertama kali mencuba, tetapi hasilnya sama sekali tidak mengecewakan.
Dapat pula dicicah dengan chutney kelapa, kuah dhal dan kuah kari. Silap-silap, boleh ‘ter’makan pula dua keping. Kalau seisi rumah suka tose, lebih baik buat sendiri, kan. Jom kita cuba.
2. Saya rendamkan beras, kacang ulundu (Urad Dhal), sedikit dhal, nasi sejuk dan halba pada sebelah pagi.
3. Selepas 6 jam (atau 8 jam pada sebelah petangnya), toskan air dan kisar semua bahan hingga halus. Tambahkan sedikit air jika perlu.
4. Selepas itu, masukkan ke dalam bekas dan biar semalaman (saya tak letak dalam fridge pun).
5. Kemudian, pada keesokan paginya apabila adunan telah kembang dan berbuih, kacau dan tambahkan garam dalam adunan yang telah diperam semalaman.
6. Sesuaikan kadar pekat atau cair adunan, dan bolehlah mula mencanainya.
Ads
7. Panaskan non-stick pan. Letakkan sedikit minyak. Lap dengan kitchen towel.
8. Masakkan adunan hingga keperangan dan dah boleh angkat.
9. Walaupun tanpa chutney kelapa, ada kari pun jadilah. Paling penting, garing di luar lembut di dalam. Guna beras Basmathi pun tetap menjadi. Selamat mencuba.
Temujanji dengan Puan Sri Betty Saw di kediamannya bagaikan satu penghormatan kepada min penulis yang sekian lama mengaguminya sebagai seorang yang pakar dalam bidang masakan. Beliau antara pelopor chef wanita Malaysia yang masih aktif walaupun lebih 30 tahun berada dalam industri.
Istimewanya, Puan Sri Betty adalah seorang chef yang pakar dalam pelbagai jenis masakan dari dari masakan tempatan (Melayu, Cina dan India) hingga antarabangsa, semuanya boleh disediakan. Malah lebih sedap bila diolah semula oleh beliau.Menurut Puan Sri, masakan dan baking adalah dua perkara yang sudah sebati dengan diri beliau. Hingga jika sehari tidak masuk dapur bagaikan tidak lengkap hari tersebut. Setiap hari ada sahaja idea untuk memasak,pendek kata tengok sahaja bahan resipi sudah ada dalam fikiran beliau.
“Sebagai seorang yang sentiasa memasak, seronok rasanya kalau tetamu datang bertamu dapat diraikan dengan air tangan sendiri. Sekurang-kurangnya secawan kopi dan mengudap satu atau dua kudapan ringan yang saya sediakan,” ujar Puan Sri yang berpisah tiada dengan masakan dan baking.
Patutlah beliau berulang kali menegaskan bahawa memasak adalah jiwanya . Dek kerana itulah, tidak ada istilah jemu atau bosan bila berekspremen dengan segala bahan masakan. Setiap hari ada sahaja masakan yang disediakan, sementelah lagi apabila beliau menerima tetamu. Bermacam juadah disediakan untuk meraikan tetamu beliau.
CUCUR SAYUR
BAHAN-BAHAN:
200gm kobis | cincang halus
1/2 batang lobak merah |cincang halus
5 ulas bawang putih | kisar
150 gm tepung beras |ayak
1 1/2 sudu teh garam
1 biji telur atau 60 gm | pukul menggunakan garpu
2 batang daun bawang |cincang
175 ml atau 3/4 cawan air
CARA MEMASAK:
Masukkan hirisan kubis, lobak merah dan bawang putih ke dalam mangkuk besar dan kacau.
Kemudian masukkan tepung beras yang telah diayak. Diikuti garam dan daun bawang.
Campurkan air dan kacau perlahan sehingga tiada ketulan.Tambah pula telur yang dipukul dan kacau.
Letakkan adunan sayuran di dalam peti sejuk dan tinggalkan selama 20 minit.
Keluarkan dari peti sejuk dan biarkan adunan sayuran pada suhu bilik sebelum menggoreng.
Panaskan minyak dalam periuk di atas api sederhana sehingga panas.
Dengan menggunakan sudu sup, masukkan satu sudu adunan sayuran ke dalam minyak panas. Goreng dan pusingkan beberapa kali sehingga perang keemasan dan rangup.
Angkat dan letakkan di atas tisu untuk keringkan minyak.
Hidangkan bersama sos cili.
BOTOK UDANG AYAM
BAHAN-BAHAN:
150gm isi ayam | potong dadu ukuran 1cm
150gm udang | buang kulit dan cincang
1/2 sudu teh garam dan serbuk lada hitam
BAHAN CAMPURAN SANTAN:
75ml santan
2 sudu makan sambal tomato
2biji cili merah | buang biji dan hiris halus
3 biji cili padi | hiris halus
4 ulas bawang merah |hiris nipis
3 ulas bawang putih | hiris nipis
1/2 sudu teh gula
3/4 sudu teh garam
1/4 sudu teh serbuk lada hitam
10 helai daun Thai Basil | cincang halus
BAHAN LAIN:
2 batang daun bawang | cincang halus
2 biji telur | kacau rata
20 helai daun kesum
Daun pisang ikut keperluan
Lidi pencucuk secukupnya
BAHAN UNTUK SAMBAL TOMATO:
20 cili merah | buang biji
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2 sudu teh serbuk belacan
1 1/2 sudu the garam
4 sudu makan minyak masak
2 biji tomato | cincang
1 sudu makan gula
CARA MEMASAK:
Masukkan hirisan ayam dan udang dalam mangkuk, taburkan garam dan serbuk lada hitam. Gaul rata.
Masukkan campuran santan dalam mangkuk ayam dan udang. Gaul rata.
Seterusnya, masukkan telur yang telah dikacau tadi, gaul rata dan perap lebih kurang 30 minit.
Kemudian ambil daun pisang, letakkan di atasnya dua helai daun kesum. Diikuti dengan dua sudu bahan perapan tadi di tengah daun pisang.
Bungkus dan kemaskan bungkusan dengan lidi pencucuk
Lakukan sehingga bahan perapan habis.
Panaskan pengukus, kemudian masukkan dalam pinggan dan kukus lebih kurang 20 minit.
Cara membuat sambal tomato.
Campurkan cili merah , bawang merah, bawang putih, garam, belacan di dalam mangkuk pengisar. Kisar hingga halus dan masukkan dalam mangkuk.
Gunakan pengisar yang sama, kisar pula tomato, keluarkan dan ketepikan.
Tuangkan pes cili tadi di dalam kuali, masak atas api sederhana.
Kacau selalu hingga timbul minyak.
Masukkan pula tomato kisar tadi, kacau hingga pekat dan tambahkan gula.
Anda cuma perlukan empat bahan sahaja untuk buat hidangan yang sedap ni. Sesuai untuk minum petang. Puding ini rasanya lemak manis kerana menggunakan susu segar.
Resipi ini dikongsikan oleh Farisha Sofea di facebook RASA Share Resepi. Dia turut memberikan keistimewaan resipi yang dikongsikan ini.
“Yorkshire pudding ini dikatakan berasal dari England. Cara membuatnya juga senang. Cuma menggunakan empat bahan sahaja. Yorkshire pudding ini juga sesuai untuk bayi berusia 8 bulan dan ke atas. Cuma korang kena elakkan penggunaan garam untuk bayi berusia 2 tahun ke bawah. Untuk versi bayi umur setahun ke atas, boleh juga masukkan puri kurma atau madu supaya ada rasa manis.”
YORKSHIRE PUDDING
BAHAN-BAHAN
1 1/4 cawan susu segar
2 biji telur ayam gred A
1 cawan tepung gandum tanpa bahan peluntur (diayak)
1/2 sudu kecil garam
CARA MEMBUAT
1. Satukan semua bahan ke dalam pengisar. Kisar sebati sehingga adunan agak kembang.
2. Tuangkan sedikit minyak masak pada acuan muffin.
3. Panaskan oven bersama acuan pada suhu 230 darjah selsius selama 10 minit.
4. Setelah minyak masak di dalam acuan tersebut panas, tuangkan adunan ke dalam acuan. Tuang separuh acuan sahaja.
5. Bakar pada suhu 230 darjah selsius selama 20 minit atau sehingga masak bergantung pada oven masing-masing.
6. Ketika dibakar, adunan memang akan mengembang dan membulat.
TIP
1. Yorkshire pudding ini garing di luar tetapi lembut di dalam.
2. Kebiasaannya dihidang bersama jem pilihan ataupun sos karamel.
Nak dapatkan peralatan memasak yang baru? Semuanya menarik, jom klik link ni untuk cuci mata. Mana tahu ada yang berkenan kan? Klik sini (saya nak beli periuk baru la)
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!