“Semua menu yang dhidangkan di Alwi’s Food ialah makanan yang saya suka makan.Pada mulanya dijual secara online dan mendapat sambutan yang sungguh luar biasa. Kemudian diperkenalkan di kafe ini,”
Terletak di TSB Sungai Buloh, kafe ini menerima ramai kunjungan pelanggan kerana ia menawarkan pilihan hidangan Itali, Barat, lokal, kopi dan makanan laut yang berkualiti serta memenuhi cita rasa mereka yang datang.
Menu enak Alwi’s Food
BBQ Chicken Chop-RM18.70
Ads
Bagi yang menggemari makanan barat boleh cuba keenakan Grilled Chicken Chop.Paha ayam tanpa tulang ini dipanggang dan dihidangkan bersama kentang goreng, coleslaw dan sos pilihan olahan kafe ini. Ayam dipanggang dan disaluti dengan Alwi’s sos yang cukup pekat dan tekstur ayam juga lembut.
Anda boleh pilih sama ada mahu menikmati chicken chop bersama sos lada hitam, perang atau Hainanese. Bagi yang suka pedas boleh makan bersama sos lada hitam.
Yee Mee Daging- RM15.70
Menu cina asli yang dihidangkan mewah dengan pelbagai isi di dalamnya, cendawan shiitake dan daging lembu yang dihiris nipis.Tekstur mi yang kenyal apabila dikunyah, hidangan Yee Mee Daging di restoran ini memang berbaloi rasanya. Portion yang banyak memang puas makan.Nak sedap semasa makan perah limau di atasnya. Gabungan rasa yang sangat sedap.
Siakap Stim Halia- RM45.70
Jika memilih makan malam di sini, jangan lupa pesan Siakap Stim Halia Chinese Style ni, memang power rasa. Digabungkan dengan cendawan shiitake yang lembut memang lengkap rasa.
Untuk pengetahuan anda, semua menu ikan di Alwi’s Food didatangkan bersama empat hidangan nasi kukus.Portion yang besar begini sesuai untuk empat orang makan.
Ads
Tiramisu- RM13.90
Tidak lengkap selepas hidangan tanpa menikmati pencuci mulut. Tiramisu di Alwi’s Food sungguh sedap dan nikmati bila nikmatinya. Tiramisu antara best seller dessert yang menambat hati ramai pelanggan kerana rasanya yang berlemak dan sempurna rasa.
Tak tahu nak makan di mana,boleh saja ke Alwi’s Food menikmati pelbagai menu menarik yang buat anda tersenyum lepas menikmatinya.
Lokasi: 87G, Jalan Nautika B U20/B, Pusat Komersial TSB, Shah Alam, Selangor
Dapatkan Khind Multifunction Electric Skillet dengan HARGA ISTIMEWA DI SINI! Masukkan code RASGSP5sebelum buat pembayaran untuk dapatkanDISKAUN EXTRA RM5!
Ads
Ketahui lebih banyak resipi di website Majalah Rasa:
Buah Berangan kalau makan masa suam-suam, memang sedap. Biasanya kalau di pasaraya atau pasar tani, ia dijual dalam bentuk yang sudah masak. Kalau lalu di RnR Genting Sempah, memang ralitlah melihat penjual Buah Berangan ni duk melambai-lambai.
Jarang sekali jumpa Buah Berangan yang dijual mentah apatah lagi melihat pokok asalnya. Menyedari keunikan tanaman ini, seorang pemuda melalui posting di laman sosial telah menjemput sahabat-sahabat alam maya untuk datang ke kebunnya bagi mengenali dan merasai sendiri pengalaman mengutip buah berangan.
Menurut Hafiyullah Afiqselaku pemilik kebun, pokok-pokok Berangan ini pada mulanya hanya ada beberapa pokok sahaja namun lama kelamaan ia makin membiak. Kini, beliau memilik 10 batang pokok yang sedang berbuah lebat.
Posting beliau di laman sosial mengenai pokok Buah Berangan yang berbuah lebat ini menarik perhatian ramai sehinggakan ada yang sangup turun dari Kuala Lumpur ke Kedah semata-mata mahu merasai sendiri keseronokan mengutip hasil hutan ini. Oleh yang demikian, sempena cuti umum hujung minggu nanti, beliau sekali lagi menjemput orang ramai untuk datang ke kebun.
Salam hormat. Tumpang lalu…Sekali lagi bersiaran atas permintaan rakan-rakan yang nak datang ke kebun Berangan saya di lokasi Lata Celak Kg Iboi Kupang, Baling Kedah Darul Aman. Saya ingin mempersilakan terutama tuan admin en Izham Alias dan akak-akak, makcik-makcik, mak-mak, toknek-toknek yang nak mai ke kebun saya yang tak seberapa ni. Berhajat nak tengok pokok Berangan sambil mengutip buahnya sekali, saya open. Buka pintu pagaq ni seluas-luasnya kepada group Rakan Kebun Bandar JTS FB pada hari yang mulia.
Nampak menarik kan? Tengoklah buahnya. Bergugus-gugus. Bagi anda yang nak tengok rupa pokok Buah Berangan dan rasai sendiri pengalaman mengutip buah ni, bolehlah hubungi pemiliknya dan berkunjung ke Lata Celak Kg, Iboi Kupang, Baling Kedah.
Anda penggemar nasi ayam? Kunjungan ke Jeremy’s Chicks pasti memenuhi cita rasa anda.Nikmati hidangan ayam yang dimasak sempurna sehingga lembut dan berjus. Idea merealisasikan Jeremy’s Chicks berlaku pada permulaan tempoh PKP oleh pengasas bersama, Jeremy.
Di Jeremy’s Chicks, terdapat pelbagai jenis ayam Hainan asli rebus, panggang dan lain-lain untuk dihidangkan kepada semua pencinta nasi ayam di Malaysia.
Selain itu menu seperti Mi Wantan , Pak Choy, Sup Bebola Ikan dan lain-lain boleh anda pesan untuk melengkapkan hidangan anda.
Dan kali ini, hos Makan Di Mana mencuba ayam percik di restoran ini, diolah dengan enak menggunakan rempah ratus terpilih, dihidangkan bersama nasi ayam beraroma.
Ayam percik yang sedap diperap dalam sos pedas dan dihidangkan bersama nasi ayam yang gebu.Menu di sini ringkas dengan harga yang berpatutan.
Nasi wangi yang gebu adalah sesuatu yang tidak boleh dilepaskan. Ia sangat wangi yang anda tidak akan berhenti mengunyah mereka bersama-sama dengan hirisan ayam yang lazat.
Selain itu cili buatan sendiri adalah satu lagi keistimewaan di restoran ini, dengan rasa pedas yang sesuai digabungkan dengan ayam anda.
Jadi, jika anda sedang mencari hidangan lazat untuk makan tengahari atau makan malam, bolehlah berkunjung atau menempah hidangan dari Jeremy’s Chicks.
Ramadan yang bakal menjelang tiba disambut dengan penuh kesyukuran. Bulan ini masanya keluarga dan rakan-rakan berkumpul bersama untuk meraikan bulan yang mulia ini.
Bagi meraikan bulan yang penuh keberkatan yang bakal tiba nanti, Berjaya Times Square Hotel, Kuala Lumpur mengadakan rebiu Ramadan buat para media untuk merasai hidangan homecook , di mana mengingatkan resipi ibunda yang tiada tandingan untuk tetamu apabila berbuka puasa di hotel ini.
Bagi menambah keceriaan di kala waktu berbuka puasa nanti, tetamu dihiburkan dengan persembahan Ghazal.
Pelbagai menu terpilih bakal dihidangkan pada tetamu antaranya Nasi Kerabu, Paru-Paru Berlada, Pedal Hati Ayam Masak Cili, Tempeh, Acar Buah, Acar Rampai dan juga seleksi buffet antarabangsa seperti Thai Green Curry Duck, Dawood Basha( Arabic Lamb Ball), Indian Style Chicken Masala, Salmon Fillet dan pelbagai lagi.
Anda juga boleh memilih seleksi makanan dari gerai yang menggamit rasa seperti Kari Kepala Ikan Citarasa Bonda, Lempeng Pisang Kelapa Bidara, Pisang Goreng Keju Makmur, Aneka Sup Serantau, Rendang Daging Khatulistiwa, Popiah Basah Mahsyur, Kambing Golek Penawar Rindu, Nasi Lemak Lobster Tersohor, Otak-Otak Dibuai Rasa dan Sous Vide Burger Nusantara.
Tidak lengkap hidangan tanpa manisan. Antaranya seleksi buah-buahan segar, pilihan kuih muih Melayu dan kek seperti Mango Charlotte, Pandan Chiffon Cheese Cake, Chocolate Brownies dan lain-lain.
Bufet Ramadan bermula dari 8 Mei hingga 6 Jun dari jam 6.30 petang hingga 10.30 malam di tingkat 14. Pada minggu pertama 8-12 Mei dan minggu terakhir 29Mei-2Jun, harga untuk dewasa ialah RM48nett. Sepanjang 13-28 Mei, harga untuk dewasa ialah RM128 manakala untuk kanak-kanak RM 58. Rebut harga early bird sekarang hanya RM98 nett untuk dewasa dan kanak-kanak hanya RM48.
Buat anda yang tercari-cari Nasi Briyani untuk hidangan berbuka, hotel ini menyediakan Nasi Briyani Take Away berlauk ayam atau kambing yang disediakan oleh Chef Yusoff. Gerai Nasi Briyani akan berada di lobi hotel dari jam 5 petang hingga 8 malam dengan harga RM10nett. Untuk membuat tempahan anda boleh menghubungi Big Apple Restaurant.